Saturday, 14 April 2012

SELAMAT DATANG KE ZUDIN EXOTIC FARM


Alamat : Kampung Wakaf Mek Zainab
              Kota Bharu, Kelantan
              Tel: 019-9916397


PENGENALAN
     Zudin Exotic Farm terletak di Kota Bharu, Kelantan dan telah ditubuhkan pada tahun 2011 bermula dengan penternakan arnab, burung budgie dan burung merpati.  Aku ni memang suka bela binatang terutama yang boleh mendatangkan hasil.  Penternakan binatang ni hanyalah untuk memenuhi masa lapang dan hobi sahaja.  Dikesempatan ini aku nak berkongsi info dengan kekawan yang sama minat tentang binatang peliharaan baru aku iaitu ayam onagadori.


BERMULANYA PROJEK AYAM ONAGADORIKU

     Projek ayam onagadori aku bermula pada pertengahan tahun 2011.  Aku ada terbaca artikel diinternet tentang ayam onagadori, sejak itu aku telah terpaut dengan keunikan ekornya yang panjang dan menjurai.  Nasib aku baik setelah sekian lama mencari aku telah menemui orang yang ada membelanya di Malaysia.  Menurutnya dia bermula dengan membawa balik 5 biji telur dari Jepun.  Dari situlah dia berjaya membiakkannya hinggalah sekarang.  Untuk pengetahuan semua, spesis ayam ini adalah dikawal di Jepun jadi untuk membawanya keluar dari Jepun adalah tidak dibenarkan.  Di Jepun ayam ini tidak dipanggil onagadori selagi kepanjangan ekornya tidak mencapai standard yang tertentu.

Gambar ayam onagadori ihsan dari internet

     Pada mulanya aku hanya membeli sepasang anak berumur 2 bulan bewarna putih tetapi sebulan kemudian aku membuat keputusan untuk membeli pula sepasang lagi yang berwarna silver pula.  Bukan apa mengenangkan spesis ayam ni susah nak dapat.  Harga untuk dua pasang hampir-hampir mencecah RM 1 ribu.  Memelihara ayam ini bukanlah susah sangat, ia macam memelihara ayam kampong juga.  Tetapi dari pembacaan aku sekiranya kita ingin mendapatkan ekor yang panjang dan cantik kita perlulah memberi  perhatian yang lebih sedikit.  Ayam jantan hendaklah diasingkan dari betina supaya ia tidak dapat melihatnya kerana sekiranya berdekatan ia akan mengeluarkan hormon yang akan menggalakkan ekor untuk luruh.  Ayam jantan juga perlu ditempatkan supaya tidak mendapat gigitan nyamuk.  Gigitan nyamuk juga akan mengganggu pertumbuhan ekornya.  Bagi mengelakkan ekor ayam jantan rosak ia perlu ditempatkan  ditempat duduk (tenggek) khas.  Dipendekkan cerita bukan senang nak dapat ekor yang panjang macam kat jepun tu....tapi aku memang suka pada cabaran.

Pasangan silver masa umur 2 bulan


Betina silver sewaktu umur 3 bulan

Pasangan putih sewaktu umur 3 bulan sedang seronok main pasir


TUMBESARAN AYAM ONAGADORI

     Anak ayam onaga ni kalau masa kecik sebiji macam ayam kampung.  Bila dah umur 5 bulan ke atas barulah boleh nampak kelainan sikit pada ekor dia.  Kepanjangan ekor seseekor ayam onagadori tidak sama antara seekor ayam dengan ayam yang lain.  Ia bergantung kepada kekuatan gene “non molting” yang terdapat pada seseekor ayam itu disamping pemberian makanan yang seimbang.  Oleh kerana itu tiada seorang penternak pun yang dapat menjamin ayam yang dijualnya akan mempunyai ekor yang panjang kerana "non-molting gene" yang dimiliki oleh seseekor ayam tidak dapat dilihat dengan mata kasar.  Menurut seorang penternak luar negara bagi menggalakkan pertumbuhan ekor disarankan supaya diberi sayur kobis tetapi kobis tidak elok bagi ayam jantan yang digunakan untuk pembakaan kerana ia akan melemahkan benih.  Tempoh masa yang diambil untuk mencapai sesuatu tahap kepanjangan juga adalah berbeza antara satu dengan yang lain.  Sebagai contoh ayam yang aku pelihara nampak seperti ayam kampung apabila berumur 6 bulan sehinggakan aku merasa frust, tetapi mula menunjukkan kadar pertumbuhan ekor yang menakjubkan apabila mencapai 7 bulan sehinggalah sekarang telah berumur 8 bulan.   Pangkal bulu ekor masih penuh dengan salur darah yang menunjukkan ekor akan terus memanjang.  Diharap ia akan berterusan.
     Aku tidak menaruh harapan yang tinggi pada ayam aku ini kerana aku telah mencampurkan dengan betina bagi mendapatkan benih tapi minta minta bolehlah mencapai hingga 5 atau 6 kaki.  Jadi faham faham sahajalah bila dah dicampur betina sudah tentu pertumbuhan ekor akan sedikit terjejas.   Diharap anak anak yang dihasilkan akan dapat dijaga dengan baik supaya mendapat hasil ekor yang panjang.  Sebagaimana yang kita tahu ekor ayam ini di Jepun boleh mencapai  kepanjangan ekor sehingga mencecah 6 meter.  Itupun dengan bantuan pemberian hormon yang menjadi rahsia dan penjagaan yang rapi.   Tetapi menurut tuan punya ayam yang aku beli, paling panjang ekor yang pernah dicapai ialah 8 kaki dan beliau telah berjaya menjualnya dengan harga RM10 K.  Faktor cuaca yang tidak sama dengan negara Jepun juga merupakan salah satu faktor yang menganggu pertumbuhan ekor ayam onaga.  Sepanjang pengamatan aku paling paling koman pun ekor ayam onagadori  ini boleh mencapai 3 kaki lebih dengan bulu jurai yang lebat di mana menjadikannya spesis ayam yang tercantik.  Harap -harap panjang ekor ayam onaga yang dipelihara akan lebih lagi.

Onaga silver sewaktu berumur 6 bulan kelihatan macam ayam kampung 


Sekarang dah jadi induk umur 8 bulan baru naik seri.


Bulu jurai dan ekor semakin lebat dan panjang

Batang ekor masih penuh dengan salur darah

Ogos 2012

Ibu onaga putih

Onaga putih kesayanganku masa umur 6 bulan

     Dibawah ini aku sertakan ayam onaga kawan bapa saudara aku punya bernama En. Norizam.  Terima kasih kepada beliau kerana  sudi meminjamkan gambar ini.  Ayam ni kira sepusat sepusing dengan induk aku juga kerana ayam ini dan ayam aku adalah dibeli dari tuan yang sama..  Menurut kawan bapa saudara aku kalau nak ekor yang cantik kita perlu asingkan dengan betina dan jaga pemakanan.  Ayamnya diletakkan pada tempat tenggek khas dan kekadang sahaja dilepaskan.      

Ayam onaga milik En. Norizam



Betina silver tengah mengeram

     Kini kedua-dua ayam betina aku dah menggeluarkan hasil.  Ada warna silver dan ada warna putih.  Oleh kerana telur diramkan dua peringkat jadi anak pun ada dua peringkat umur.  4 ekor umur dah dua bulan lebih dan 9 ekor lagi baru berumur 1 bulan.  Alhamdulillah kesemua 4 ekor yang umur dua bulan telahpun dijual.  Ayam ni perangai pelik juga bertelur sampai tak tahu nak mengeram.  Bertelur pun selang selang hari.  Memandangkan jumlah telur telah semakin banyak dan ditakuti jikalau dibiarkan lama ia akan rosak, bapa saudara aku telah memberikan aku inkubator yang dibuatnya sendiri.  Alhamdulillah ... inkubator tu menjadi dan dibawah inilah hasilnya.  Nak buat inkubator ni bukanlah susah sangat, boleh gunakan plywood atau bekas plastik, yang penting semua komponen seperti thermostat dan mentol berfungsi dan suhu dapat dilaraskan seperti yang dikehendaki.  Suhu yang sesuai ialah di antara 37 darjah celcius hingga 39 darjah celcius.  Inkubator ni menggunakan kaedah manual iaitu telur perlu digolekkan dengan tangan.  Nak buat auto pun boleh tapi modalpun kenalah lebih sikit.  Memandangkan masa pun dah suntuk maka dia buat yang manual sahaja.  Setelah sekian lama bertelur tak berhenti henti akhirnya mengeram juga betina silver aku tetapi tidak bagi si putih aku.  Anak-anak ini kalau umur dia panjang, aku nak asingkan dari betina dan buat tempat tenggek khas macam kat Jepun jadi tungggulah ye aku akan updatekan hasilnya nanti.

Inkubator yang dihasilkan boleh memuatkan 20 biji telur






Jantan silver sewaktu berumur 3 bulan lebih


anak muda silver sewaktu umur 3 bulan lebih 

Kini dah pun berumur 5 bulan. Ekor pun dah mula panjang.

Kini anak muda putih telah berumur 5 bulan


INKUBATOR BARU

Minggu lepas aku agak free jadi aku buat lah projek inkubator baru.  Bukan apa inkubator yang lama tu dibuka dari atas jadi ia menyukarkan untuk memasukkan tangan untuk golek telur.  Tetapi kadar penetasannya sangat tinggi.  Kali ini bahan inkubator dibuat daripada plywood dan ditambah dengan cooling fan.  Cooling fan ini berfungsi untuk meratakan suhu dalam inkubator.  Ruang inkubator lebih luas kerana dibuka dari hadapan dan ia boleh memuatkan lebih kurang 50 biji telur.  Inkubator ini aku lengkapkan dengan digital thermometer supaya senang nak check suhu (tengok dari luar sahaja).  Thermostat yang aku gunakan ialah dari jenama jaegger kerana julat suhu yang sangat sesuai 0 - 50 darjah celcius.  Jenama lain susah nak cari julat yang macam tu.  


Inkubator menggunakan mentol berjumlah 80 Watt.
Ruang lebih luas atas bawah boleh letak telur.  Nak golek telur pun senang kerana pintu dibuka dari hadapan berbanding dengan yang lama pintu dibuka dari atas. 

Inkubator yang sudah siap sedang diujilari

     Kepada sesiapa yang berminat bela spesis ayam ni boleh lah contact aku di talian 019 9916397


Kalau nak tahu maklumat lanjut berkenaan ayam onagadori boleh layari laman web dibawah:
http://animalsinthecity.webs.com/americanonagadori.htm
http://www.shaku1.com/onagadori.htm
http://www.longtail-fowl.com/minohiki_mainpage.html