PENTERNAKAN ARNAB

     Mula-mula aku start bela arnab hanyalah 2 ekor tetapi lama kelamaan aku tambah sedikit demi sedikit hinggalah sekarang adalah lebih kurang 30 ekor.  Jenis arnab yang aku pernah bela terdiri dari Teddy bear, Anggora, Holland Lop dan tidak ketinggalan arnab kampung.

Arnab Teddy Bear sedang berehat

Anak holand Lop merenung masa hadapan

    Dari pengalaman aku memelihara arnab ni paling senang nak jaga ialah arnab kampung.  Kalau yang jenis berbulu tebal tu ada cerewet sikit tak tahan lasak.  Arnab ni nak membesarkannya dah la satu hal bila time dah beranak pun banyak perangai dia.  Ada yang makan anak dan juga ada yang tak mahu .menyusukan anak dia yang mana akan membawa kepada kematian.  Ada orang kata kalau arnab tidak mahu menyusukan anak dia kita pegang kaki paksa dia.  Bila dah diajar begitu lama-lama dia akan bagi susu sendiri.  Tapi al-maklumlah aku ni bukan penternak sepenuh masa jadi tak sempat nak buat kerja-kerja tu.  Jadi aku serahkan pada takdir yang menentukannya.  kalau ibu tu buat perangai berkali-kali jawabnya akan jadi rendanglah dia, itu sahaja cara nak ajar dia supaya berdisiplin.      

AnakTeddy bear berehat lepas makan

No comments:

Post a Comment