Zudin Exotic Farm memakai gelang AKM bermula dengan beberapa pasang burung yang dibeli dari Narathiwat Thailand. Penternakan burung ini adalah sebagai hobi dan untuk berkongsi minat dengan penggemar yang lain. Kandang berada di kelantan dan melaka. Harga burung yang ditawarkan berbagai-bagai bergantung kepada mutu dan kualiti suara.
Membiakkan burung merbuk siam ni bukanlah susah sangat tetapi untuk mendapat kualiti suara yang baik tu yang susah. Ada bermacam macam teori yang diperkatakan orang tentang bagaimana cara untuk mendapatkan mutu suara yang baik, salah satunya ialah teori genetik.
Ladung yang menempatkan anak anak burung
Antara pasangan induk yang ada
Salah seekor burung yang dimasukkan dalam sangkar bagi tujuan menilai kualiti suara
Burung dimasukkan kedalam sangkar untuk dinilai mutu suara
BAGAIMANA MENENTUKAN JANTINA BURUNG MERBUK
Menentukan jantina burung merbuk adalah sesuatu yang sangat sukar. walau bagaimanapun beberapa petua yang diamalkan oleh orang orang lama bolehlah diambil sebagai pedoman.
1. Kaedah yang pertama
Kaedah yang pertama ialah dengan mendengar suaranya. kebiasaannya suara burung jantan adalah lebih jelas dan lantang dari burung betina. Kadang-kadang terdapat juga burung betina yang berbunyi seperti jantan tetapi ianya sangat jarang berlaku. lagi satu.bilangan patah bunyi burung betina tidaklah sebanyak bunyi burung jantan.
2. Kaedah kedua
Kaedah yang kedua ialah dengan melihat susuk badan. Susuk badan burung betina lebih pendek dan bulat berbanding dengan burung jantan yang lebih panjang. Leher burung betina lebih kecil dari burung jantan dan warna putih keabuan pada kepala burung jantan adalah lebih banyak melebihi separuh keluasan kepala berbanding burung betina.
3. Kaedah ketiga
Kaedah yang ketiga ialah dengan memegang burung secara meletakkan kepala dicelah antara dua jari dan terbalikkan ia. Burung jantan akan mengembangkan ekor berbanding dengan burung betina.
4. Kaedah keempat
Kaedah keempat ialah memegang burung, mengangkat dan meletakkannya pada jari pada sebelah tangan lain. Burung jantan akan cuba mengenggam dengan cepat dan kuat berbanding burung betina yang agak lambat dan cengkaman yang lemah.
MENJODOHKAN BURUNG MERBUK
Burung merbuk mula matang pada umur 5 hingga 6 bulan. Pada ketika ini kita bolehlah memasukkannya kedalam kandang ternak. Pada usia sebegini adalah lebih senang untuk memasangkannya berbanding dengan usia burung yang lebih tua.
Memasngkan burung merbuk bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia boleh melibatkan kematian pada burung betina kerana dipatuk atau dipukul oleh burung jantan. terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan.
1. Kaedah pertama
Burung betina dan jantan yang hendak dipadankan dimasukkan kedalam sangkar berasingan dan diletakkan berdekatan untuk tempoh beberapa waktu (paling kurang 2 minggu) supaya mereka saling mengenali.
Apabila dilihat kedua dua burung sudah berbaik dan bersedia untuk mengawan barulah kedua-duanya dimasukkan kedalam reban atau kandang ternak. Cara ini agak lambat dan memakan masa dan belum tentu menjamin kejayaan.
2. Kaedah kedua
Burung betina dan jantan yang telah dipilih dimasukkan kedalam kandang, kemudian dimasukkan tandan kelapa kering disandarkan dalam reban supaya boleh dijadikan tempat persembunyian oleh burung betina apabila dikejar oleh burung jantan. Cara ini biasanya diamalkan oleh orang =orang lama.
3. Kaedah ketiga
Sayap burung jantan diikat beberapa helai dengan getah untuk melambatkan pergerakkannya apabila mengejar burung betina.
Dengan cara ini burung betina dapat menyelamatkan diri apabila dikejar oleh burung jantan. Ikatan perlulah dibuat dengan betul supaya getah tidak tertanggal. Walau bagaimanapun pasangan ini perlu dipantau bagi memastikan getah tidak tertanggal. Keburukan cara ini ialah ianya boleh merosakkan sayap burung jantan tetapi sangat berkesan dan cepat.
4. Kaedah keempat
Kedua-dua sayap burung jantan digunting sedikit dengan tujuan untuk melambatkan pergerakkannya apabila terbang semasa mengejar burung betina. cara ini jarang digunakan kerana tuan burung merasa sayang untuk menggunting sayapnya. Cara ini adalah sangat berkesan dan paling selamat berbanding dengan ikatan getah yang berkemungkinan boleh tercabut.
Pasangan burung yang baru dijodohkan hendaklah sentiasa dipantau bagi menjamin keselamatan burung betina. Kematian disebabkan oleh patukan burung jantan boleh berlaku dalam masa sehari sahaja.
KATEGORI SUARA BURUNG MERBUK TANDING
Suara burung merbuk boleh dikelaskan kepada suara A, B dan C. Suara A melibatkan burung yang bersuara garau dan kasar (suara base), suara B ialah suara peringkat pertengahan dan suara C bagi burung yang memiliki suara nyaring. Harga sesekor burung merbuk bukanlah terletak kepada kategori tetapi kepada mutu suara yang dihasilkannya.

KRITERIA SUARA MERBUK TANDING
Kualiti suara burung merbuk tanding boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti suara depan, suara tengah, suara hujung, air-suara dan irama atau melodi.
Air Suara
Air suara merupakan kelantangan bunyi suara yang dihasilkan. Suara burung yang lantang dan stabil merupakan yang terbaik.

Suara Hadapan
Suara hadapan yang baik ialah suara depan panjang mengalun atau menjerit seperti melempar (klauu..uu, wauu..uu ) sebaliknya suara depan yang tarikannya pendek adalah kurang baik.
Suara Tengah
Ketukan suara tengah harus jelas terkesan suara tersebut terpotong-potong antara satu ketukan dengan ketukan yang lain. Pada masa ini ketukan yang panjang menjadi kesukaan, minimum 4 ketukan. Tetapi yang paling penting bunyi ketukan mestilah jelas kedengaran.
Suara Hujung/Kung
Surara hujung adalah suara akhir suara burung merbuk. Suara hujung atau kung yang baik adalah suara yang menggaung panjang mantap dengan nada gema menaik. Trend sekarang ialah burung yang mempunyai suara hujung yang menggelunsur (Tolak) yang panjang.
Irama
Irama yang di maksudkan adalah keserasian antara suara depan suara tengah dan suara belakang. Irama boleh diibaratkan sebagai melodi dalam sesebuah lagu. Irama yang indah menjadikannya sedap di dengar hingga rasanya ingin mendengar berulang kali.
b) Rajin
Ini adalah kerana disebelah Pantai timur masa pertandingan adalah singkat dan pengadil mengadili kesemua burung secara serentak. Jika seseekor burung itu bersuara merdu, walaupun tidak rajin tetapi semua pengadil dapat mendengarnya maka ia berpeluang untuk menjadi johan.
Ia adalah amat berbeza dengan tempat-tempat lain seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Melaka dan Johor dimana pertandingan dijalankan sebanyak 4 pusingan. Ciri-ciri berikut adalah sangat penting:
a) Rajin
b) Suara
Keadaan disini adalah amat berbeza kerana sekiranya seseekor burung itu bersuara merdu tetapi berbunyi tidak cukup pusingan maka ia akan kalah kepada burung yang bersuara kurang merdu tetapi berbunyi 4 pusingan penuh.
Untuk maklumat lanjut berhubung dengan bapa saudara saya Ahmad 013 6133356

Ciri-Ciri Yang Mesti Ada Pada Burung Merbuk Untuk Pertandingan
Dari segi pengamatan saya, ciri-ciri yang diperlukan adalah berbeza menurut kawasan pertandingan. Jika dipantai timur, Ciiri-ciri berikut adalah sangat penting untuk di beri perhatian:
a) Mutu Suarab) Rajin
Ini adalah kerana disebelah Pantai timur masa pertandingan adalah singkat dan pengadil mengadili kesemua burung secara serentak. Jika seseekor burung itu bersuara merdu, walaupun tidak rajin tetapi semua pengadil dapat mendengarnya maka ia berpeluang untuk menjadi johan.
Ia adalah amat berbeza dengan tempat-tempat lain seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Melaka dan Johor dimana pertandingan dijalankan sebanyak 4 pusingan. Ciri-ciri berikut adalah sangat penting:
a) Rajin
b) Suara
Keadaan disini adalah amat berbeza kerana sekiranya seseekor burung itu bersuara merdu tetapi berbunyi tidak cukup pusingan maka ia akan kalah kepada burung yang bersuara kurang merdu tetapi berbunyi 4 pusingan penuh.
Untuk maklumat lanjut berhubung dengan bapa saudara saya Ahmad 013 6133356
Assalamualaikum Cikgu,
ReplyDeleteTak pernah guna kaedah jarak tulang pelvik nak tentukan jantina burung ke? Ramai yang guna kaedah ini dan menghasilkan anak.